Shadow The Hedgehog

Friday, 22 March 2013

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013

Saya berpendapat ramai yang akan memilih tajuk Pengangkutan Awam yang maklumatnya sangat mudah diperolehi samada melalui pemerhatian atau rujukan. Kegiatan penternakan tidak kurang juga menarik kerana kegiatan ini tidak pernah dijadikan tajuk tugasan KKG PMR secara langsung. Ianya sesuai bagi pelajar di kawasan luar bandar. Di kawasan bandarpun ada juga kegiatan penternakan yang dijalankan secara kecil-kecilan seperti penternakan ikan samada untuk dimakan atau sebagai ikan hiasan.

Saya akan membantu pelajar-pelajar PMR 2013 dan ibubapa mereka dalam menyiapkan folio KKG tahun ini yang merupakan tahun terakhir format KKG seperti ini dijalankan.


Seperti di Tingkatan 1 dan 2 dahulu, pelajar-pelajar diminta menulis tentang aspek-aspek dalam KKG PMR 2013 seperti:

1.          Tajuk
2.          Senarai Kandungan
3.          Penghargaan
4.          Pendahuluan
5.          Ojektif Kajian
6.          Kawasan Kajian
7.          Kaedah Kajian
8.          Dapatan Kajian
9.          Rumusan
10.         Lampiran
11.         Rujukan

Nota: Calon-calon PMR sudah boleh menulis aspek 1 hingga 7 seperti yang dibuat di Tingkatan 2. Rujuk folio tingkatan 2 anda.



1. TAJUK: Pengangkutan Awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian. Contoh: Pengangkutan Awam  di Taman Bukit Maluri, Edinburgh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


2. SENARAI KANDUNGAN: Ada Perkara / Butiran  dan Halaman. Halaman 1 bermula dari aspek penghargaan


3. PENGHARGAAN: Menyata dan menghuraikan penghargaan kepada tiga pihak atau lebih iaitu:

* Pengetua
* Guru mata pelajaran
* Ibu bapa / penjaga
* Rakan-rakan
* Pihak luar / responden
    Nyatakan nama pihak yang dihargai dengan lengkap, contohnya, Puan Isya binti Polai bukan Pn. Isya,   Puan Tan Siew Lean                          bukan Puan Tan, Cik Amutha A/P Rajagopal, bukan Cik Amutha sahaja.


4. PENDAHULUAN:
•    Menamakan tajuk kajian iaitu Pengangkutan awam di Taman Bukit Maluri, Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
•    Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian seperti contoh, saya memilih X sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang juga merupakan tempat tinggal saya.
•    Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 4 bulan daripada bulan Februari hingga bulan Mei
•    Nota: 
Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian perlu berkaitan dengan tajuk  dan nyatakan lebih daripada 1 sebab.


5. OBJEKTIF:
*  Konsep pengangkutan awam iaitu
1) mentakrifkan konsep pengangkutan awam dengan lengkap dan jelas.
*  Jenis-jenis pengangkutan awam iaitu
2) menerangkan/menghuraikan/menjelaskan  jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian,

Taman Bukit Maluri
*  Kepentingan perkembangan pengangkutan awam iaitu
 3) menghuraikan / menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian
*  Masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu
4) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian
*  Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu
5) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam di TBM
*  Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian 
iaitu
6) memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian
•  
Nota:
   *Objektif kajian mesti berfokuskan kawasan kajian. Nama kawasan kajian boleh muncul sekali sahaja.
   *Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan



6. Kawasan kajian.
Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu huraian kawasan kajian, peta zon/daerah/bahagian dan peta kawasan kajian.
a)  Huraian kawasan kajian termasuk:

•   Nama kawasan kajian seperti Taman Bukit Maluri, Kepong...., Kg. Harapan, Pulau Sebatik...dan sebagainya.
•   Latar belakang / sejarah kawasan kajian:
•   Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta daerah anda
•   Pandang darat fizikal 
kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi: tanah pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir laut. Jenis tumbuhan semula jadi: berpaya, semak-samun, pokok-pokok kecil, rumput, lalang, dikelilingi hutan dan sebagainya.
•    Jarak dari bandar / 
pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif

•       b) Menyediakan satu peta daerah / zon / bahagianyang lengkap dengan:
•       - tajuk dan nama kawasan kajian (1 m)
•       - arah mata angin dan bingkai (1 m)
•       Nota:  Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian
                  Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai dan petunjuk
       
•       c) Melukis satu peta lakar kawasan kajian yang tepat dan lengkap
•       tajuk dan bingkai (1 m) - petunjuk dan arah mata - angin (1 m)
- simbol piawai(1 m)
- kekemasan dan
 kesempurnaan peta
(1m)
•       Nota: Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama
             

7. KAEDAH KAJIAN
    • Pemerhatian
    • Temu bual
    
• Soal selidik
    • Rujukan

Nota:
    * Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima
    * Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan
    * Bilangan responden: • Temu bual 
- minimum 3 orang • Soal selidik 
- minimum 20 orang
    * Soalan temu bual atau 
soal selidik berkaitan dengan objektif kajian
    * Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian=0 markah
    * Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian.


Selamat melaksanakan Kerja Kursus Geografi PMR tahun 2013.

Thank you for reading and visit me again.

1 comment:

Jangan la Komen Negatif ye......