Takde orang sempurna. Semua orang ada kelemahan. Semua orang pernah buat dosa dan maksiat. Semua orang ada AIB yang di sangat MALU kalau ada orang tahu aib dia.
Di sebabkan itulah, kita kena sentiasa bersangka baik, BIMBING, tidak merendahkan, menegur, saling membantu dan doakan orang lain.
Ada orang, dia bab dakwah cemerlang. Tapi, pengurusan diri, amat lemah. Ada orang bab solat jemaah terbaik, tapi bab tinggalkan maksiat hancur. Ada orang bab ikhtilat dia jaga, tapi bab tengok porno dia terbabas. Ada orang bab belajar dia rajin, tapi bab dakwah dia lemah. Ada orang bab agama dia power, tapi ikhtilat teruk macam apa.
Lazimilah istighfar.
Jangan sombong dengan Allah, jangan sombong dengan manusia.
Ada orang, dia pandai, dia hebat dakwah, dia skor pelajaran, kehidupannya tersusun, ilmu agama dahsyat, amal ibadah power, TAPI, bab sangka baik dia tak mampu, bab tawadhuk dia gagal, bab merendahkan orang lain dia selalu terjebak tanpa sedar.
Sebab tu lah, kita kena selalu muhasabah diri...........
Kadang-kadang, sampai satu tahap, kita rasa, diri kita ni teruk gila, dan sangat tak berguna. Hati kita hancur, rasa KOSONG, hidup sentiasa murung.
Ketika tu, cara terbaik nak ubat hati ialah......
"Taubat".
Wednesday, 17 September 2014
Friday, 29 August 2014
Tema Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 57- Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Check mengumumkannya ‘Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini.
Menurutnya, tema sambutan tersebut yang dipetik daripada lirik lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad.
“Tema tersebut dipilih bagi menyemai dan menyemarakkan rasa cinta dalam diri rakyat Malaysia,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pra pelancaran sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 dan sambutan Hari Malaysia ke-51 di sini hari ini. – KOSMO!
Sunday, 15 September 2013
Penubuhan Hari Malaysia 16 September 1963
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia
Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.
Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.
Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.
Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.
Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.
Rentetan Peristiwa
TARIKH
|
PERISTIWA
|
27 Mei 1961
|
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
|
23 Julai 1961
|
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
|
Ogos 1961
|
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
|
18-20 Disember 1961
|
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
|
6-7 Januari 1962
|
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
|
17 Januari 1962
| Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha |
3-4 Februari 1962
|
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
|
21 Jun 1962
|
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
|
Julai 1962
|
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
|
9 Julai 1963
|
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
|
16 September 1963
|
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia
|
KEMERDEKAAN NEGARA

Gambar di atas merupakan barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959
1. Rombongan Kemerdekaan
Tujuan untuk berunding dgn British dan raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tunku Abd Rahman mengetuai rombongan ini yang terdiri drp 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil Parti Perikatan

Anggota rombangan terdiri daripada 2 kumpulan iaitu
i. WAKIL RAJA-RAJA MELAYU
a. Dato Panglima Bukit Gantang
b. Abdul Aziz Othman
c. Dato Mohd Seth
d. Dato Nik Ahmed Kamil

Gambar di atas menun jukkan rombongan Parti Perikatan yang pertama ke London pada tahun 1953 untuk membincangkan soal pilihanraya. Kelihatan Tunku Abdul Rahman, T.H Tan dan seorang Ahli Parmilen Britian.
ii. WAKIL PARTI PERIKATAN
a. Tunku Abdul Rahman
b. Tun Dr Ismail
c. Tun H.S Lee
d. Tun Abdul Razak Hussein

Gambar menunjukkan perarakan kemerdekaan di bandar Hilir,Melaka
Perjanjian London 1956 (Syarat-Syarat)
Tarikh kemerdekaan PTM ditetapkan pada 31 Ogos 1957
Perlantikan suruhanjaya menggubal perlembagaan merdeka
Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat
Perjanjian pertahanan dengan British akan ditanda tangani
Raja berpelembagaan dikekalkan
Pembahagian kuasa antara pusat dan negeri diteruskan
Tarikh Merdeka

Gambar di atas menunjukkan Tunku bersama Dato' Panglima Bukit Gantang serta deligasi diarak selepas pulang dari London
Tarikh merdeka diisytiharkan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka oleh Tunku Abdul Rahman
Anggota Suruhanjaya Reid:-
1. Pengerusi : Lord William Reid
2. Ahli
Sir Ivor Jennings( England)
Sir William Mckel (Australia)
Tuan B Malik (India)
Tuan Abdul Hamid (Pakistan)
SUNDAY, JULY 19, 2009
BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

Jawatankuasa Hubungan antara Kaum ( CLC)
Anggota- seorang wakil daripada setiap kaum iaitu:-
UMNO Dato Onn Jaafar
MCA Tun Tan Cheng Lock
Kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah.
Pengerusi Dato E.E.C Thuraisingan.
Penasihat Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara
Hasil Kompromi UMNO-CLC
Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan
Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu
Pilihanraya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan
Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Usaha parti-parti politik mewujudkan perpaduan kaum
Konferensi Nasional diadakan pada 1954 oleh British antara IMP dan Parti Negara bermatlamat untuk melahirkan kerjasama politik
Konvensi Nasional diadakan pada Ogos 1954 antara UMNO, MCA dan MIC yang membawa kepada penubuhan parti perikatan serta mendapat kerjasama parti PAS
Konvensi dan Konferensi bermatlamat mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum dan membincangkan peri pentingnya pilihanraya
Friday, 22 March 2013
Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013
Saya berpendapat ramai yang akan memilih tajuk Pengangkutan Awam yang maklumatnya sangat mudah diperolehi samada melalui pemerhatian atau rujukan. Kegiatan penternakan tidak kurang juga menarik kerana kegiatan ini tidak pernah dijadikan tajuk tugasan KKG PMR secara langsung. Ianya sesuai bagi pelajar di kawasan luar bandar. Di kawasan bandarpun ada juga kegiatan penternakan yang dijalankan secara kecil-kecilan seperti penternakan ikan samada untuk dimakan atau sebagai ikan hiasan.
Saya akan membantu pelajar-pelajar PMR 2013 dan ibubapa mereka dalam menyiapkan folio KKG tahun ini yang merupakan tahun terakhir format KKG seperti ini dijalankan.
Seperti di Tingkatan 1 dan 2 dahulu, pelajar-pelajar diminta menulis tentang aspek-aspek dalam KKG PMR 2013 seperti:
1. Tajuk
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pendahuluan
5. Ojektif Kajian
6. Kawasan Kajian
7. Kaedah Kajian
8. Dapatan Kajian
9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan
Nota: Calon-calon PMR sudah boleh menulis aspek 1 hingga 7 seperti yang dibuat di Tingkatan 2. Rujuk folio tingkatan 2 anda.
1. TAJUK: Pengangkutan Awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian. Contoh: Pengangkutan Awam di Taman Bukit Maluri, Edinburgh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. SENARAI KANDUNGAN: Ada Perkara / Butiran dan Halaman. Halaman 1 bermula dari aspek penghargaan
3. PENGHARGAAN: Menyata dan menghuraikan penghargaan kepada tiga pihak atau lebih iaitu:
* Pengetua * Guru mata pelajaran * Ibu bapa / penjaga * Rakan-rakan * Pihak luar / responden
Nyatakan nama pihak yang dihargai dengan lengkap, contohnya, Puan Isya binti Polai bukan Pn. Isya, Puan Tan Siew Lean bukan Puan Tan, Cik Amutha A/P Rajagopal, bukan Cik Amutha sahaja.
4. PENDAHULUAN:
• Menamakan tajuk kajian iaitu Pengangkutan awam di Taman Bukit Maluri, Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
• Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian seperti contoh, saya memilih X sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang juga merupakan tempat tinggal saya.
• Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 4 bulan daripada bulan Februari hingga bulan Mei
• Nota: Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian perlu berkaitan dengan tajuk dan nyatakan lebih daripada 1 sebab.
5. OBJEKTIF:
* Konsep pengangkutan awam iaitu
1) mentakrifkan konsep pengangkutan awam dengan lengkap dan jelas.
* Jenis-jenis pengangkutan awam iaitu
2) menerangkan/menghuraikan/menjelaskan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian,
Taman Bukit Maluri
* Kepentingan perkembangan pengangkutan awam iaitu
3) menghuraikan / menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian
* Masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu
4) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian
* Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu
5) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam di TBM
* Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian iaitu
6) memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian
•
Nota:
*Objektif kajian mesti berfokuskan kawasan kajian. Nama kawasan kajian boleh muncul sekali sahaja.
*Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan
6. Kawasan kajian.
Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu huraian kawasan kajian, peta zon/daerah/bahagian dan peta kawasan kajian.
a) Huraian kawasan kajian termasuk:
• Nama kawasan kajian seperti Taman Bukit Maluri, Kepong...., Kg. Harapan, Pulau Sebatik...dan sebagainya.
• Latar belakang / sejarah kawasan kajian:
• Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta daerah anda
• Pandang darat fizikal kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi: tanah pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir laut. Jenis tumbuhan semula jadi: berpaya, semak-samun, pokok-pokok kecil, rumput, lalang, dikelilingi hutan dan sebagainya.
• Jarak dari bandar / pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif
• b) Menyediakan satu peta daerah / zon / bahagianyang lengkap dengan:
• - tajuk dan nama kawasan kajian (1 m)
• - arah mata angin dan bingkai (1 m)
• Nota: Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian
Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai dan petunjuk
• c) Melukis satu peta lakar kawasan kajian yang tepat dan lengkap
• tajuk dan bingkai (1 m) - petunjuk dan arah mata - angin (1 m) - simbol piawai(1 m) - kekemasan dan kesempurnaan peta (1m)
• Nota: Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama
7. KAEDAH KAJIAN
• Pemerhatian
• Temu bual
• Soal selidik
• Rujukan
Nota:
* Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima
* Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan
* Bilangan responden: • Temu bual - minimum 3 orang • Soal selidik - minimum 20 orang
* Soalan temu bual atau soal selidik berkaitan dengan objektif kajian
* Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian=0 markah
* Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian.
Selamat melaksanakan Kerja Kursus Geografi PMR tahun 2013.
Thank you for reading and visit me again.
Sumber ; http://isyayy.blogspot.com/
Saya akan membantu pelajar-pelajar PMR 2013 dan ibubapa mereka dalam menyiapkan folio KKG tahun ini yang merupakan tahun terakhir format KKG seperti ini dijalankan.
Seperti di Tingkatan 1 dan 2 dahulu, pelajar-pelajar diminta menulis tentang aspek-aspek dalam KKG PMR 2013 seperti:
1. Tajuk
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pendahuluan
5. Ojektif Kajian
6. Kawasan Kajian
7. Kaedah Kajian
8. Dapatan Kajian
9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan
Nota: Calon-calon PMR sudah boleh menulis aspek 1 hingga 7 seperti yang dibuat di Tingkatan 2. Rujuk folio tingkatan 2 anda.
1. TAJUK: Pengangkutan Awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian. Contoh: Pengangkutan Awam di Taman Bukit Maluri, Edinburgh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. SENARAI KANDUNGAN: Ada Perkara / Butiran dan Halaman. Halaman 1 bermula dari aspek penghargaan
3. PENGHARGAAN: Menyata dan menghuraikan penghargaan kepada tiga pihak atau lebih iaitu:
* Pengetua * Guru mata pelajaran * Ibu bapa / penjaga * Rakan-rakan * Pihak luar / responden
Nyatakan nama pihak yang dihargai dengan lengkap, contohnya, Puan Isya binti Polai bukan Pn. Isya, Puan Tan Siew Lean bukan Puan Tan, Cik Amutha A/P Rajagopal, bukan Cik Amutha sahaja.
4. PENDAHULUAN:
• Menamakan tajuk kajian iaitu Pengangkutan awam di Taman Bukit Maluri, Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
• Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian seperti contoh, saya memilih X sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang juga merupakan tempat tinggal saya.
• Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 4 bulan daripada bulan Februari hingga bulan Mei
• Nota: Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian perlu berkaitan dengan tajuk dan nyatakan lebih daripada 1 sebab.
5. OBJEKTIF:
* Konsep pengangkutan awam iaitu
1) mentakrifkan konsep pengangkutan awam dengan lengkap dan jelas.
* Jenis-jenis pengangkutan awam iaitu
2) menerangkan/menghuraikan/menjelaskan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian,
Taman Bukit Maluri
* Kepentingan perkembangan pengangkutan awam iaitu
3) menghuraikan / menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian
* Masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu
4) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian
* Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu
5) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam di TBM
* Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian iaitu
6) memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian
•
Nota:
*Objektif kajian mesti berfokuskan kawasan kajian. Nama kawasan kajian boleh muncul sekali sahaja.
*Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan
6. Kawasan kajian.
Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu huraian kawasan kajian, peta zon/daerah/bahagian dan peta kawasan kajian.
a) Huraian kawasan kajian termasuk:
• Nama kawasan kajian seperti Taman Bukit Maluri, Kepong...., Kg. Harapan, Pulau Sebatik...dan sebagainya.
• Latar belakang / sejarah kawasan kajian:
• Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta daerah anda
• Pandang darat fizikal kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi: tanah pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir laut. Jenis tumbuhan semula jadi: berpaya, semak-samun, pokok-pokok kecil, rumput, lalang, dikelilingi hutan dan sebagainya.
• Jarak dari bandar / pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif
• b) Menyediakan satu peta daerah / zon / bahagianyang lengkap dengan:
• - tajuk dan nama kawasan kajian (1 m)
• - arah mata angin dan bingkai (1 m)
• Nota: Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian
Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai dan petunjuk
• c) Melukis satu peta lakar kawasan kajian yang tepat dan lengkap
• tajuk dan bingkai (1 m) - petunjuk dan arah mata - angin (1 m) - simbol piawai(1 m) - kekemasan dan kesempurnaan peta (1m)
• Nota: Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama
7. KAEDAH KAJIAN
• Pemerhatian
• Temu bual
• Soal selidik
• Rujukan
Nota:
* Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima
* Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan
* Bilangan responden: • Temu bual - minimum 3 orang • Soal selidik - minimum 20 orang
* Soalan temu bual atau soal selidik berkaitan dengan objektif kajian
* Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian=0 markah
* Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian.
Selamat melaksanakan Kerja Kursus Geografi PMR tahun 2013.
Thank you for reading and visit me again.
Sumber ; http://isyayy.blogspot.com/
Saturday, 6 October 2012
Pakaian Tradisi Melayu
Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum maka setiap kaum mempunyai pakaian tradisi masing-masing. Terdapat pakaian yang berkait rapat dengan dogma agama terutama sekali pakaian orang Melayu.
Orang Melayu terdapat di pelbagai negeri yang setiap negeri memaparkan pakaian tradisi yang berbeza. Namun secara amnya seluruh orang Melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi. Cuma reka bentuk atau potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri. Selain itu baju kebaya dan kebarung (gabungan baju kurung dan kebaya) juga menjadi pilihan masyarakat Melayu Malaysia.
Baju Melayu kebiasaan
Pakaian tradisional lelaki Melayu adalah sama bagi setiap negeri iaitu baju melayu teluk belanga kecuali negeri Johor yang mempunyai baju melayu tanpa kolar. Manakala baju melayu akan dibiarkan di bahagian luar jika dikenakan samping berbeza dengan negeri-negeri lain yang mengikat samping di luar baju.
Baju kurung Johor untuk perempuan menjadi sinonim dengan baju kurung tradisional yang standard. Ia mengenakan kain yang disusun di sebelah kiri. Rata-rata wanita Melayu di Malaysia mengenakan baju kurung Johor, ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah.
Melayu Johor
Baju kurung Kedah pula berpotongan pendek separas punggung dengan kain selisih.
Baju Melayu Kedah
Baju tradisional wanita Pulau Pinang pula adalah kebaya pendek yang dipadankan dengan kain batik atau songket selisih. Lelakinya pula mempunyai pengaruh pakaian golongan ‘Mamak’ yang banyak terdapat di Pulau Pinang, namun pakaian baju melayu dan samping yang dikenakan terdapat asimilasi budaya Melayu dan Mamak.
Melayu Pulau Pinang
Pakaian tradisonal Melayu Perak selain berbaju melayu teluk belanga, ia dipadankan dengan tengkolok potongan rendah. Wanitanya pula mengenakan pakaian baju kurung cekak musang dengan tali pinggang bengkung untuk mengikat samping. Manakala kain ditukar kepada seluar yang mirip pakaian tradisional masyarakat Aceh, Sumatera.
Melayu Perak
Pakaian tradisional Melayu bagi negeri Selangor pula mempunyai pengaruh Bugis di mana lelakinya akan mengenakan jaket di luar selain baju melayu yang dipakai di bahagian dalam lengkap bersamping. Manakala wanitanya akan mengenakan baju potongan Bugis dengan bertali pinggang yang dipadankan dengan kain selisih.
Melayu Selangor
Negeri Sembilan yang mendapat jolokan sebagai negeri Minang kerana perkaitan sejarahnya dengan Minangkabau di Sumatera, menerima pengaruh Minang bagi pakaian tradisionalnya. Biasanya wanita yang memakai pakaian tradisional Minang akan mengenakan tengkolok tanduk kerbau sebagai simbol budaya masyarakat Minang. Manakala pakaian tradisional lelaki mempunyai butang yang juga pengaruh daripada Minangkabau.
Melayu Negeri Sembilan (Minang)
Pakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan baju kurung dengan mempunyai hiasan dada bercorak di bahagian bahu, manakala lelakinya mengenakan jaket di bahagian luar selain baju melayu.
Melayu Melaka
Di Melaka juga mempunyai masyarakat Portugis akibat tinggalan penjajah Portugis di Melaka pada kurun ke-16. Pakaian tradisional wanitanya adalah gaun yang berlengan besar dan lelakinya mengenakan baju sut sama seperti di Barat.
Portugis
Kelantan yang mendapat jolokan sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang mendapat pengaruh Siam terhadap pakaian tradisionalnya. Pakaian wanitanya mirip kepada pakaian wanita Siam dalam persembahan Makyong di mana mereka akan mengenakan mahkota dan tali pinggang besar (pending) di samping selendang yang besar. Pakaian lelakinya pula akan mengenakan jaket di luar.
Melayu Kelantan
Di Kelantan juga mempunyai ramai masyarakat Siam terutama sekali di daerah Tumpat. Masyarakat Siam ini yang berasal dari Thailand dan kebanyakannya beragama Buddha namun berasimilasi dengan budaya Melayu seperti dalam aspek makanan dan kehidupan seharian. Pakaian tradisional mereka mirip kepada masyarakat di Thailand.
Siam dan Melayu Siam
Pakaian tradisional orang Melayu Terengganu yang biasa dikenakan oleh masyarakat sekarang dengan baju kurung teluk belanga dan lelakinya baju melayu teluk belanga.
Melayu Terengganu
Bagi negeri Pahang pula, potongan baju kurung wanitanya berpesak dengan potongan kembang di bawah tanpa berkekek, dan dipadankan dengan kain selisih. Namun ada juga yang memadankannya dengan kain susun di tepi. Ia juga dikenali sebagai Baju Riau Pahang kerana pengaruh kerajaan Melayu Riau yang pernah datang ke situ. Lelakinya mengenakan baju melayu cekak musang.
Melayu Pahang
Bagi negeri Perlis pula, pakaian wanitanya terkenal dengan kebayanya, dan lelaki pula mengenakan baju melayu yang berjaket di luar.
Melayu Perlis
Pakaian Tradiri Cina
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.
Wanita berketurunan Cina akan memakai cheong sam. Ia biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen moden ala Barat. Cheong sam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan ‘cheong sam’ dalam dialek kantonis bermaksud ‘baju labuh’. Cheong sam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negara China pada tahun 1911. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheong sam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
Samfoo membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari ‘cheong sam’. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
Pakaian tradisional Cina
Cina
Pakaian Tradisi India
Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya dalam kalangan Hindu-Sri Lanka-Tamil juga keturunan Punjabi-Sikh. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.
Pada hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh ‘Ihenga’ juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.
India
Walau bagaimanapun, gambar-gambar di atas tidak menggambarkan kaum yang memakainya kerana mereka adalah model, dan tidak menggambarkan pakaian semasa masyarakat Malaysia yang lebih memilih cara pakaian moden, ringkas dan kebaratan. Pakaian orang Islam juga pada masa kini lebih kepada menutup aurat dan bertudung. Pakaian-pakaian di atas biasanya ditemui semasa majlis kebudayaan atau perkahwinan.
Sumber maruwiah.com
Friday, 5 October 2012
Alat Muzik Tradisional Malaysia
Tempura
Pengenalan
Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.
Fungsi
Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.
Cara Bermain
Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.
Erh-Hu
Pengenalan
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.
Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello
Gambus
Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.
Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.
Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.
Pipa
Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.
Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.
Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.
Rehab
Pengenalan
Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.
Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.
Cara Bermain
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.
Sapeh
Pengenalan
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
Fungsi
Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.
Cara Bermain
Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.
Satong
Pengenalan
Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar.
Fungsi
Dimainkan ketika mengisi masa lapang.
Cara Bermain
Tali ini dipetik dengan jari dan berbunyi agak perlahan.
Sitar
Pengenalan
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.
Fungsi
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.
Cara Bermain
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.
Sundatang
Pengenalan
Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara.
Cara Bermain
Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.
Venna
Pengenalan
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.
Fungsi
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.
Cara Bermain
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.
Gong
Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.
Dholak
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.
Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Gambar belakang bahagian kompang.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk.
Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi
Subscribe to:
Posts (Atom)